Monday, 22 June 2015

Mutiara Hatiku

Mutiara itu tidak hanya kau temui dalam suasana yang baik.
Mutiara itu bukan yang indah sahaja,
Mutiara itu adakalanya pahit pada mulanya,
Bila dikupas, baru kelihatan indahnya,
Mutiara itu cara mendapatkannya tidak sama oleh setiap manusia,
Adakala ianya dijumpai dalam kepayahan,
Adakala ianya diberi sebagai hadiah,
Mutiara itu boleh dilihat oleh segenap manusia,
Apabila dia membuka mata dan hati menerimanya,
Dengan penuh ketulusan,
Mutiara itu yang pasti perlu dikutip,
Mutiara itu yang pasti perlu digenggam bila sudah ditemui,
Agar ia tidak hilang,
Agar ia dapat dikongsi,
Bersama-sama yang kau sayang,
Keluarga dan sahabat handai,
Mutiara hatimu..
 :)






No comments:

Post a Comment