Monday, 31 March 2014

I do love them


I do love you,
As much you love me..
Maybe more than that..
My friend..

I do love you,
As much as you love me..
Deep inside of heart or by expressing it..
My Ohana..

I do love you,
Our prophet Muhammad SAW,
For showing us,
The love of our God,
Teaching us the al-Quran and As-Sunnah..

I do love You,
For giving me time to think bout my past,
and make a good future change,
For giving me this love in this world..
The one of n'imah,
Thank You for lending me this people,
So that I won't feel alone..
Thank You for lending me everything Allah :')



Sunday, 9 March 2014

KUTANGGUH SAYANGKU PADANYA

Saat pertama mata bertaut, aku pasti, dialah pilihanku..ku pohon restu ayah ibu untuk memilikinya..penuh berhati-hati ayah kata, "jaga dia baik-baik..jangan biar dia terluka".. Ayah memang boleh baca sikap anaknya...tanpa berfikir panjang..aku terus setuju.. kali ini pilihanku, dia yang pendiam, lebih banyak sabar, dan terima aku seadanya..aku memang tak suka yang banyak karenah..

******************************************************************************

Sejak hari itu, aku pergi kemana-mana, mesti bersamanya..orang cakap kami memang padan..entah mengapa dalam sikap ku acuh tak acuh ni, aku memang selesa dengan dia saja.. tapi, hampir hari-hari jugak aku sakiti dia..dia pernah merajuk sekejap, tapi bukan sikap dia merajuk lama-lama..aku dapat rasakan sayangnya dia padaku..Bersyukur aku pada Allah dalam diam..aku mahu kami kekal bersama..

******************************************************************************

Teringat lagi sewaktu, aku sakiti dia, teman rapatku tahu.... "kau ni kasar sangatla. kalau tak sayang dia, meh bagi kat aku"...
sekasar-kasar aku, mana bole bagi cengitu aje..kasar ke aku? aku memang cengini kot.. aku harap dia faham, aku bukannya saja kasar sangat , cuma tak suka tunjuk sayang tu terus-terang..

perkara macam ni memenag sering berlaku...

sampaila satu hari...................................................aku tak pernah jangka..............

kami tak bergaduh teruk sangat pun, tapi aku yang tinggalkan dia...ku sangka bole hidup tanpa dia...sebab terlalu lama sangat kami bersama...dan sebab terlalu kasar sangat aku kat dia...aku rasa aku bole pergi sendiri kali ini..supaya nampak macam aku yang tinggalkan dia, bukan dia yang tinggalkan aku, aku pergi aje...

lama jugak aku pergi..bila aku sedar yang keputusan aku salah tinggalkan dia, aku asyik kata dalam hati "sempat ke nak jumpa balik"...sebab dia sangat terkenal, aku pilih unutk tanya orang sekeliling, siapa orang terakhir yang dia temui..mereka cuma kata dia ada naik kereta bersama seorang lelaki..

.mungkin dia merajuk..sebabkan aku call dia, tak angkat-angkat..aku buat laporan polis je..penuh sesal kurasa..banyak lagi yang aku nak buat bersamanya..

setelah 5hari, polis tu katakan yang dia dah mati sambil tahan senyum-senyum..mungkin dalam hati polis tu, "ni kes budak-budak..remeh je, kenapala minah ni nangis-nagis je".

*****************************************************************************

aku pon call semua yang terdekat, ceritakan segalanya...tak banyak aku cakap..nangis, nangis, nangis saja.. (tulah manusia yang bersyukur bila yang disayangi dah tak ada)..mereka sememmangnya salahkan aku...

Kawan aku pon tak kata apa-apa...mereka kata benda dah jadi...menyesal banyak mana pon, dia mana bole kembali...aku menangis diam-diam..mana ada orang faham..hmmmm

Sudah berbulan-bulan, dia pergi, tapi aku masih terkenang-kenang akan sikap dia..bila ada yang sama perangainya dengan dia..aku curi dengar bicara orang itu, dari jauh...buat mengubat rindu..

******************************************************************************
Saat ini, aku persiapkan diri untuk terima yang baru..akan ku sayangi dia sungguh-sungguh..tapi, sungguh ia mengambil masa yang lama..mungkin setahun, 2tahun, 3tahun...kalaupun, aku ada pengganti nanti..ada ruang di hati ini untuk dia..selamanya...

aku redhai kepergiannya, Allah..

                            ************************TAMAT*************************

LEARN TO DONATE

Assalamualaikum..salam sejahtera..Kami akan membantu anda mengumpulkan barang-barang kitar semula yang anda dah xnak..dapatkan dana dan bantu anak yatim.. :D Bagaimana projek ni boleh terpikir oleh kami bertujuh di sini? Sebab setiap hari memang banyak barang2 kitar semula nie, orang pakat buang je, sebab jarang orang letak tong kitar semula dalam kolej (memang tak pernah pun)...maka, setelah 2minggu telah bermulalah episod kami utk bersama masyarakat membantu masyarakat di luar sana.. kepada semua, mohon doakan kami berjaya menjayakan projek ini.. Di samping dapat mengemas sekitar universiti ini, kami juga dapat memberi manfaat pada orang lain..

kata-kata yang selalu aku ingat, Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat pada manusia lain..


Friday, 22 November 2013

Hari-hari makin rindu

tinggal di sini, kurasa sangat lama. makin lama makin rindu kat ibu dan ayah. kak dinie, addin aminin. memang susah nak jumpa sebab cuti kitorang dah xsama. time budak sekolah cuti, budak degree tgh kelam-kabut nak exam final. sebab tu susah nak jumpa diorang nie. semakin rindu, semakin tinggi azam aku nak selesaikan pengajian kat sini. kata org rindu tanda sayang. aku sayang mereka. aku mahu jaga ibu ayah bila dah besar. jadi aku tahu aku kena kuat berusaha untuk itu. dalam masa yang sama, aku kena sedar aku belajar ilmu dunia ni untuk akhirat. cara aku terima ilmu kena betul. niat tu kerana Allah.



Move without Fear

when all you got to keep is strong..just move along.. :) Allah always be with you when everybody leave you... you should leave your fear this time..



Sunday, 17 November 2013

Hidup bermatlamat

Hidup memang penat. Jika tidak suka, mahu ke mana kita? Ucapan buat sahabat-sahabat.
kawan-kawan, semoga berjaya mengharungi hidup di sini. Aku sayang kamu. Biar impianmu sentiasa kedengaran oleh jiwa yang sering beralih-arah untuk kekal di tempat yang sepatutunya. Dalam belajar bersungguh-sungguh, jangan kau lupa imanmu. Jangan lupakan penciptamu. Dan jangan ditinggalkan amalan akhiratmu. Moga kau tenang hadapi dugaan. Kerana Allah semuanya.
kelas-exam-cuti

Saturday, 20 July 2013

Ramadhan kali ini

Perkara itu telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad yang memaklumkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Pengumuman itu turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab


"yeay!! esok puasa..esok puasa.." gembiranya hati adik.


Seperti biasa, pengumuman puasa akan dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ayat yang selalu kita dengar masa pengumuman puasa... "Bismilllahirahma nirrahim. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 Julai 2013", Pengumuman oleh YBhg. Datuk Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

"Tahun ni adik nak puasa penuh tau ummi." Adik memang berazam nak habiskan puasa Ramadhan kali ini. Entah kenapa, tiba-tiba.. Mungkin puasa yang lepas, ramai kawan-kawan adik yang puasa penuh kot.

Ummi dengan Abi sangat senang hati dengar keinginan adik nak puasa penuh.

"tapi adik, abi tak bagi duit raya lebih tau", cuba menguji adik. Upah tak salah, sebab ia untuk menggalakkan, tapi Abi dan Ummi lebih suka kalau anaknya belajar mau puasa sendiri, bukan sebab nakkan upah. Lain orang lain didikannya.

*****************************************************************************

Seperti biasa adik pulang ke sekolah waktu tengah hari. Mestilah haus. Jalan kaki pulak tu, balik rumah. Kering tekak. Walaupun rumah cuma setapat dari sekolah. Apalagi, berlarilah anak kecil tu, ke dapur. Nak teguk air. Baru saja nak bukak peti ais, pesanan Ummi ada tertampal...

"Adik puasa hari ni.. Bersabar ya.. Allah kan ada". Nanti Ummi balik, kita pergi bazar, ok.. :D
"opss, adik terlupa pulak..terima kasih Ummi", dalam hati, adik mula rasa menyesal kata nak puasa penuh semalam. 

Adik masuk bilik. Pergi mandi. Solat. Buat kerja sekolah. Pergi kelas mengaji. Menjelang petang, adik main bola sepak pulaki, dengan kawan sekampung. Masa main, memang tak ingat apa dah. Ini memang rutin harian adik sebelum bulan puasa. 

Pukul 5.30 petang, Ummi pun balik dari pejabat. Abi biasanya akan balik pukul 6.00 petang, sebab pejabat Abi jauh jugak dari rumah. Adikselamat tinggal kat rumah sorang-sorang, sebab Mak Esah, jiran sebelah akan tengokkan adik. Kalau hari tak puasa, adik akan singgah rumah Mak Esah untuk makan dulu.

*******************************************************************************

Pukul 6 petang, Bazar Ramadhan hujung kampung.

Adik ligat memikirkan nak makan apa bukak puasa nanti.. "hmm, Ummi, adik nak makan kebabla nak bukak puasa nanti". "Ummi, adik nak roti John jugak" . "Ummi, adik nak makan bihun goreng, jugak" . 

"Eh, adik boleh habis ke makan semua ni?," terkejut jugak Ummi.

"Mestilah habis Ummi. Adik rasa kan, perut adik ni ada banyak ruang kosong", jawap Adik penuh kepastian.

Ummi beli jugak akhirnya. Ini kali pertama Adik puasa penuh. 

******************************************************************************

Pukul  7.30 malam, Rumah 

Adik dah terjenggul dekat meja, sambil hafal doa berbuka. Biar lancar. Mendengar ja azan Maghrib. Adik baca laju betul. Lepas tu, sekelip mata je, adik memang berniat nak habiskan terus makanan tu, tapi Abi ajak jemaah Maghrib dulu. Sabar dik, sabar.

Habis je solat Maghrib, adik memang makan semua atas meja. Dimakannya satu persatu. Bak kata orang, jangan membazir. Akhirnya, adik terpaksa duduk bersandar, sebab rasa macam perut nak pecah. Rehat kejap.

"Adik, jom pergi solat kat masjid pulak,Solat Isya' ngan Solat Tarawih", ajak Abi sambil tersenyum memandang Adik.

******************************************************************************

Waktu Isya', Surau at-Taqwa

Solat sunat Tahiyatul Masjid. Solat Isya'. Solat sunat ba'diyah Isya'. Solat sunat Tarawih.

Bacaan Imam Solat Tarawih memang meresap ke jiwa, walaupun Adik tak faham bahasa Arab pon, terkesan di jiwa. Tapi, ada satu masalah. Adik rasa perut adik penuh sangat. Memang rasa macam ajal dah sampai dah. Tambah-tambah masa sujud. Terasa sakitnya perut, Allah saja yang tau. Adik mula rasa menyesal sebab tamak sangat masa makan tadi. Dalam kekesalan, adik mohon pada Allah, jangan ambik nyawa adik lagi. Adik janji tak buat macam tu lagi.

*****************************************************************************

Keesokan hari

"Adik, jom pergi bazar, yup", kali ni Abi pulak ajak. 
Adik ikut saja, tapi kalau nak memilih macam-macam tu, tidak la. Adik memang dah serik, tak nak buat lagi. Kali ni,Abi sama Ummi nampak perubahan Adik. kalau pergi bazar Adik tak beli banyak benda. Kalau masa buka puasa Adik tak makan semua yang ada dalam satu nafas lagi. :D 
"Nampaknya, Adik dah sedar sendiri", Abi dan Ummi tersenyum memandang Adik. Syukurlah pada Allah

so,  pesanan # Puasa itu mengajar erti kesederhanaan. Supaya manusia sedar,