Sunday, 25 May 2014

Apa itu CESMED??

Di sini, UKM semua pelajar tahun 1 wajib mengambil kursus CMIE1012 : Asas Keusahawanan dan Inovasi. Kursus ini membuka minda dengan menerangkan tentang pengenalan kepada bisnes. Di dalam kursus ini, anda akan mencipta satu produk yang saya kira amat bagus jika ianya datang dari inovasi dan kreaiviti anda. Anda juga akan mengaplikasi semua kemahiran semasa menjadi pemilik syarikat. (orang panggil CEO je)

Saya selaku pelajar yang telah mempelajari kursus ini berasa amat seronok dengan apa yang dipelajari. Kami juga mendapat Tutor encik Nizam (nama mesra dia Abang Izz <--teringat kenangan lama) dan 2 pensyarah Dr Noris dan Dr Wan Mokhtar.

Kami dari Kumpulan Natural Essence membawa produk Black R-Rang mewakili set 28 ke peringkat Fakulti, berada di tempat ketiga. Alhamdulillah. Untuk poster kami, nak menang sebenarnya, sebab dapat RM300.. :"( tapi tak kesampaian) Ada hikmahnya tu..mungkin sebab niat kot..hehehe..check niat balik..astghfirullah :D Husnozhon syaza husnuzhon dengan keputusan..


Ni kumpulan Natural Essence aku!! (ceywah)
Kumpulan dari Set 28..Le Blue..mereka ada buat produk air yang menyembuhkan. :) (lagi bagus dari eskrim yang ada dos)

Antara yang dipelajari dalam kursus ini

Jadi, kepada adik-adik tahun satu UKM yang baru, jangan risau, semua nie bukan untuk tension..relaks ok..relaks :D

Untuk dashboard terbaru nanti, saya akan kongsikan pengalaman saya bergelar junior di UKM :D nak tahu kos apa yang saya ambil? nantikan
sekarang mesti tumpu pada pro final exam

Wednesday, 7 May 2014

Mencari Diriku

Dalam kehidupan ini. Tersedar sebentar yang aku bukanlah sekuat mana. Untuk hidup sendirian. Tanpa sesiapa. Aku sedar kebergantunganku akan selamanya pada Allah. Untuk mengenali diriku sendiri. Ya, sememangnya aku pun tidak berapa kenali diriku sendiri. Sesungguhnya Allah lebih mengenali diriku sendiri melebihi aku kenal diriku ini. Kemampuanku juga Allah yang lebih tahu. Namun, aku perlu berusaha untuk mencari diriku sendiri. Kesukaanku. Ketaksukaanku. Semuanya. Namun, aku masih perlukan Allah untuk segala hal dalam hidup sehingga masa matiku. Allah,  sesungguhnya pada segelintir hal aku tidak pandai uruskan kerana aku masih baru dalam hal tersebut. Mohonku, Allah beri kekuatan untuk hadapi saki-baki hidup dengan penuh kebahagiaan yang membawa ke Jannah. Ke Jannah bersama semua..Jom :D



(There's something that I don't even know how to handle it)