Perkara itu telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad yang memaklumkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Pengumuman itu turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab
"yeay!! esok puasa..esok puasa.." gembiranya hati adik.
Seperti biasa, pengumuman puasa akan dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ayat yang selalu kita dengar masa pengumuman puasa... "Bismilllahirahma nirrahim. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 Julai 2013", Pengumuman oleh YBhg. Datuk Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
"Tahun ni adik nak puasa penuh tau ummi." Adik memang berazam nak habiskan puasa Ramadhan kali ini. Entah kenapa, tiba-tiba.. Mungkin puasa yang lepas, ramai kawan-kawan adik yang puasa penuh kot.
Ummi dengan Abi sangat senang hati dengar keinginan adik nak puasa penuh.
"tapi adik, abi tak bagi duit raya lebih tau", cuba menguji adik. Upah tak salah, sebab ia untuk menggalakkan, tapi Abi dan Ummi lebih suka kalau anaknya belajar mau puasa sendiri, bukan sebab nakkan upah. Lain orang lain didikannya.
*****************************************************************************
Seperti biasa adik pulang ke sekolah waktu tengah hari. Mestilah haus. Jalan kaki pulak tu, balik rumah. Kering tekak. Walaupun rumah cuma setapat dari sekolah. Apalagi, berlarilah anak kecil tu, ke dapur. Nak teguk air. Baru saja nak bukak peti ais, pesanan Ummi ada tertampal...
"Adik puasa hari ni.. Bersabar ya.. Allah kan ada". Nanti Ummi balik, kita pergi bazar, ok.. :D
"opss, adik terlupa pulak..terima kasih Ummi", dalam hati, adik mula rasa menyesal kata nak puasa penuh semalam.
Adik masuk bilik. Pergi mandi. Solat. Buat kerja sekolah. Pergi kelas mengaji. Menjelang petang, adik main bola sepak pulaki, dengan kawan sekampung. Masa main, memang tak ingat apa dah. Ini memang rutin harian adik sebelum bulan puasa.
Pukul 5.30 petang, Ummi pun balik dari pejabat. Abi biasanya akan balik pukul 6.00 petang, sebab pejabat Abi jauh jugak dari rumah. Adikselamat tinggal kat rumah sorang-sorang, sebab Mak Esah, jiran sebelah akan tengokkan adik. Kalau hari tak puasa, adik akan singgah rumah Mak Esah untuk makan dulu.
*******************************************************************************
Pukul 6 petang, Bazar Ramadhan hujung kampung.
Adik ligat memikirkan nak makan apa bukak puasa nanti.. "hmm, Ummi, adik nak makan kebabla nak bukak puasa nanti". "Ummi, adik nak roti John jugak" . "Ummi, adik nak makan bihun goreng, jugak" .
"Eh, adik boleh habis ke makan semua ni?," terkejut jugak Ummi.
"Mestilah habis Ummi. Adik rasa kan, perut adik ni ada banyak ruang kosong", jawap Adik penuh kepastian.
Ummi beli jugak akhirnya. Ini kali pertama Adik puasa penuh.
******************************************************************************
Pukul 7.30 malam, Rumah
Adik dah terjenggul dekat meja, sambil hafal doa berbuka. Biar lancar. Mendengar ja azan Maghrib. Adik baca laju betul. Lepas tu, sekelip mata je, adik memang berniat nak habiskan terus makanan tu, tapi Abi ajak jemaah Maghrib dulu. Sabar dik, sabar.
Habis je solat Maghrib, adik memang makan semua atas meja. Dimakannya satu persatu. Bak kata orang, jangan membazir. Akhirnya, adik terpaksa duduk bersandar, sebab rasa macam perut nak pecah. Rehat kejap.
"Adik, jom pergi solat kat masjid pulak,Solat Isya' ngan Solat Tarawih", ajak Abi sambil tersenyum memandang Adik.
******************************************************************************
Waktu Isya', Surau at-Taqwa
Solat sunat Tahiyatul Masjid. Solat Isya'. Solat sunat ba'diyah Isya'. Solat sunat Tarawih.
Bacaan Imam Solat Tarawih memang meresap ke jiwa, walaupun Adik tak faham bahasa Arab pon, terkesan di jiwa. Tapi, ada satu masalah. Adik rasa perut adik penuh sangat. Memang rasa macam ajal dah sampai dah. Tambah-tambah masa sujud. Terasa sakitnya perut, Allah saja yang tau. Adik mula rasa menyesal sebab tamak sangat masa makan tadi. Dalam kekesalan, adik mohon pada Allah, jangan ambik nyawa adik lagi. Adik janji tak buat macam tu lagi.
*****************************************************************************
Keesokan hari
"Adik, jom pergi bazar, yup", kali ni Abi pulak ajak.
Adik ikut saja, tapi kalau nak memilih macam-macam tu, tidak la. Adik memang dah serik, tak nak buat lagi. Kali ni,Abi sama Ummi nampak perubahan Adik. kalau pergi bazar Adik tak beli banyak benda. Kalau masa buka puasa Adik tak makan semua yang ada dalam satu nafas lagi. :D
"Nampaknya, Adik dah sedar sendiri", Abi dan Ummi tersenyum memandang Adik. Syukurlah pada Allah
so, pesanan # Puasa itu mengajar erti kesederhanaan. Supaya manusia sedar,